Friday, April 17, 2009

adakah ini benar..

Aku tak minat sangat dengan politik ni cuma sekadar ambil tahu apa yang patut sahaja. Aku pernah kena marah dengan kawan aku kerana aku tak minat dengan politik ni. Ada kebenaran juga dengan marah dia tu sebab politik ni termasuk juga dalam Islam ni. Sebagai muslim kita hendaklah masuk Islam 'keseluruhannya' dan politik ni pun salah satu daripada 'keseluruhan' itu. Tak apalah satu hari nanti aku berpolitik juga.

Aku selalu dengar cerita kotor tentang politik dan juga ahli politik ni. Ada orang kata 'timbangan' tu berat sebelah dan selalu tipu masyarakat. Ada yang kata 'bulan' kena 'roket' dan 'pecah dua'.. Entahlah aku pun tak tahu la yang mana satu betul. Tapi bila ramai yang kata 'timbang' dah rosak sebab selalu berat sebelah tu ada juga kebenarannya. Agaknya sebab selalu 'kencing' masyarakat sampai 'man best friend' pun tak suka. Aku rasa betullah apa yang orang selalu kata tentang 'timbang' rosak ni. Kena tikam dengan 'keris' kot



kuat betul 'timbang' tu menipu orang sampai binatang pun tak suka pada 'timbang' tu.

No comments:

Post a Comment